fbpx

Provokasi berterusan, kehadiran PGA jamin keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi memusnahkan pokok Musang King yang ditanam di Hutan Simpan Batu Talam diteruskan hari ini.

RAUB – Bermula dengan provokasi melampau pada hari kedua operasi, pihak dipercayai pekebun haram durian Musang King terus bertindak berani apabila merosakkan lantai simen jambatan di kawasan dusun berkenaan semalam selain meletakkan kenderaan di tengah jalan.

Tindakan itu menyebabkan operasi memusnahkan pokok durian Musang King hari ketiga semalam terhenti apabila penguatkuasa terbabit terpaksa membaiki jambatan dan mengalami kelewatan.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad berkata, tindakan yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab berkenaan menyebabkan operasi musnah dusun Musang King semalam tidak dapat diteruskan seperti dirancang.

Justeru beliau berkata kehadiran Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini amat dinantikan yang dapat memberikan jaminan keselamatan kepada penguatkuasa dalam berhadapan dengan keadaan mencabar itu.

“Saya difahamkan hari ini anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara turut menyertai operasi musnah, kehadiran mereka lebih menjamin keselamatan mereka yang menjalankan tugas.

“Pembabitan anggota Unit Penguatkuasa JPNP Zon Pahang Barat dan Timur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Balai Tranum dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang melancarkan operasi musnah yang dianggap begitu mencabar buat semua petugas,”katanya.

Difahamkan anggota PGA tiba hari ini bagi melakukan kawalan di kawasan penanaman durian Musang King seluas 101 hektar di Hutan Simpan Batu Talam berkenaan.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI