fbpx

Potong jari, tanam taring kerana mahu jadi ‘syaitan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Frado memotong jari tengahnya dalam pemebedahan terbaharu bagi mendapatkan rupa seperti syaitan. - Jam Press

BRASILIA, Brazil – Seorang lelaki yang digelar ‘syaitan manusia’ bertindak nekad memotong jari tengahnya bagi mendapatkan rupa tangan seperti karakter iblis yang biasa digambarkan dalam filem seram, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Michel Faro do Prado, 44, turut menanam taring kelabu dalam mulutnya menerusi pembedahan plastik yang menelan belanja sekitar £790 (RM4,555).

Menurut Prado, dia tidak berasa menyesal atau sakit sepanjang menjalani prosedur perubahan fizikal bagi mencapai rupa yang dikehendakinya.

Frado bergambar dengan taring kelabu yang ditanam dalam mulutnya. – Jam Press

“Saya tidak rasa pengubahsuaian wajah dan mana-mana bahagian tubuh satu penyeksaan kerana ia adalah seni.

“Lagipun ketika pembedahan berlangsung, saya dibius dan tidak merasa apa-apa kesakitan,” katanya.

Pada tahun lepas, Frado turut menggemparkan media sosial dunia apabila membuat pembedahan menarah bahagian hujung hidungnya yang dilaporkan sebagai satu prosedur sangat berbahaya dan mempunyai risiko kesihatan dalam jangka masa panjang. 

Disokong oleh isterinya yang mempunyai kepakaran dalam idea mengubah suai bentuk badan, Frado tidak merancang untuk berhenti menjadikan tubuhnya satu kanvas bagi mencapai impian karya hidup agung. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI