fbpx

Polis dalam proses ambil keterangan Mahfuz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu gambar memaparkan gambar Ahli Parlimen Pokok Sena melanggar SOP yang tular baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – Polis dalam proses untuk mengambil keterangan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sudah mengenal pasti beberapa individu lagi dalam gambar sama untuk diambil keterangan.

Beliau berkata, siasatan berhubung perkara itu akan disiapkan secepat mungkin.

“Malam ini atau esok akan diambil keterangan, kita dah buat janji temu dengan beberapa saksi untuk dirakam keterangan mereka,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kuala Muda di sini hari ini.

Katanya, siasatan akan disiapkan segera sebelum mengemukakannya kepada pihak pendakwaan.

Kosmo! semalam melaporkan polis membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kerana disyaki melanggar SOP PPN baru-baru ini.

Ia susulan beberapa gambar yang tular di media sosial memaparkan bekas timbalan menteri itu hadir dalam program bantuan tidak mengamalkan SOP dengan duduk bersila secara santai sambil menikmati jamuan.

Kes disiasat di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) 2021 kerana tidak memakai pelitup muka serta tidak menjaga penjarakan fizikal. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI