fbpx

Pelajar IPT buntu permohonan ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAJAR IPT berdepan masalah kesukaran mendapat tempat untuk menjalani latihan industri pada musim pandemik Covid-19. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Pandemik Covid-19 yang melanda negara ini sejak tahun lalu turut memberi kesan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menjalani latihan industri.

Ini berikutan banyak syarikat termasuk yang berskala besar terpaksa ditutup sementara bagi mengurangkan kos serta pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR)disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini memasuki fasa ketiga.

Rata-rata pelajar mendakwa permohonan mereka ditolak, malah ada yang dibatalkan pada saat-saat akhir berikutan perubahan prosedur operasi stan­dard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Seorang pelajar dikenali sebagai Raihan, 23, berkata, dia berasa buntu kerana sudah membuat banyak permohonan latihan industri tetapi ditolak dan sehingga kini masih belum me­nerima sebarang tawaran.

“Bidang biologi marin memerlukan saya menjalani latihan industri di zoo atau pusat akuarium, namun ditutup kerana Covid-19.

“Saya bercadang memohon untuk menjalani latihan industri di syarikat lain, tetapi tidak dibenarkan oleh pensyarah kerana tiada kaitan dengan kursus yang diambil,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Setakat ini, hanya sektor perkhidmatan perlu (essential service) dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD).

Menurut Raihan lagi, pihak universiti ada membantu pelajar mendapatkan tempat bagi menjalani latihan industri, tetapi ditangguhkan pada saat akhir berikutan Selangor dikenakan PKPD.

Jelasnya, dia dan rakan-rakan juga perlu melakukan peranca­ngan rapi seperti lokasi tempat latihan industri kerana melibatkan kos selain keselamatan lebih-lebih lagi di musim pandemik ini.

“Saya harap Kementerian Pe­ngajian Tinggi (KPT) dapat bertegas dan membenarkan IPT memberikan alternatif bagi pelajar yang berdepan kesukaran seperti permohonan ditolak,” katanya

Seorang lagi pelajar, Nur Aini Musa, 24, berkata, dia mula mencari tempat untuk menjalani latihan industri sejak Mac lalu kerana sudah menjangkakan isu ini.

“Banyak syarikat enggan mengambil pelajar menjalani latihan industri. IPT pula tidak memberi alternatif, sebaliknya mencadangkan supaya menangguhkan praktikal. Sudah tentu tempoh pengajian menjadi lebih lama,” katanya.

Oleh itu, Nur Aini mencadang­kan agar pihak universiti melonggarkan syarat dengan membenarkan pelajar mengikuti latihan industri dalam bidang berlainan.

Masalah sama turut dihadapi Quratul Aini Roshisham, 26, yang merupakan pelajar jurusan Pe­rancangan Pelancongan dan Pe­ngurusan Hospitaliti memandang­kan sektor itu masih ditutupkan disebabkan PKP.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Putra Malaysia, Prof Dr. M. Iqbal Saripan berkata, kaedah BDR dan menempatkan pelajar di fasiliti berkaitan merupakan antara usaha yang dilaksanakan pihaknya bagi mengatasi masalah tersebut.

M. IQBAL

Menurut M. Iqbal, langkah itu diambil bagi menyokong cada­ngan KPT supaya mengguna pakai kaedah alternatif yang sesuai.

“Bagi bidang pendidikan/ka­un­seling, pelajar akan menyelesaikan teori, manakala praktikal dibuat selepas sekolah dibuka.

“Bagi yang menjalani latihan industri di sektor per­khidmatan perlu, mereka dinasihatkan supaya mematuhi SOP,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI