fbpx

Oliveira akui dirinya didekati Monster Energy Yamaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OLIVEIRA (depan) tidak terlintas untuk menyertai Yamaha kerana percaya dia mampu menjadi juara dunia bersama pasukan KTM pada saingan MotoGP. – AFP

LONDON – Keputusan Mave­rick Vinales meninggalkan Yamaha pada akhir musim ini memaksa pasukan itu terdesak mencari pelumba terbaik untuk mengisi kekosongan tersebut bagi mengharungi Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.

Miguel Oliveira antara pelumba yang berada dalam radar pasukan Monster Energy Yamaha untuk bergandingan bersama Fabio Quartararo pada perlumbaan 2022 nanti.

Bagaimanapun, Olivera mendedahkan dia menolak untuk bersama Yamaha dan memilih untuk kekal bersama pasukan KTM kerana masih mempunyai kontrak bersama pasukan dari Austria tersebut.

“Pada ketika ini, saya mempunyai komitmen bersama pa­sukan sejak tahun lalu dan saya tidak akan menarik janji saya kepada mereka semata-mata untuk menyertai pasukan lain.

“Tentunya, situasi Vinales mendatangkan sedikit pera­saan gugup kerana berbincang mengenai masa depan. Saya juga didekati Yamaha.

“Tetapi, seperti yang saya katakan, fokus saya untuk KTM. KTM adalah pasukan yang hebat dan saya percaya saya mampu menjadi juara dunia bersama mereka.

“Saya masih mempunyai kontrak bersama KTM dan juga telah menjuarai perlumbaan. Justeru, masih ada banyak perkara perlu dilakukan bersama KTM,” katanya.

Oliveira kini berada di kedudukan ketujuh dalam carta kedudukan pelumba apabila meraih satu kemenangan dan dua podium dalam sembilan pusingan perlumbaan ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI