fbpx

Mila terkilan dituduh jual durian harga ‘Yahudi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILA menunjukkan durian jualannya.

PETALING JAYA – Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin terkilan apabila ada pihak yang mendakwa harga durian yang dijualnya terlampau mahal sehingga membebankan pembeli.

Menerusi entri yang dimuat naik dalam Instagramnya, Mila memberitahu, dia kecewa apabila tuduhan terhadapnya itu dibuat secara melulu tanpa mengetahui cerita sebenar.

“Sahabat sekalian, tidak di­nafikan dalam lapan tan lebih durian yang diambil dari beberapa kebun, bukan 100 peratus ke­semua isinya bagus.

“Sebab itu, tahun ini kami jual dengan memberi pelanggan melihat isinya terlebih dahulu sebelum dihantar. Dalam berhati-hati bab pembungkusan pun tetap ada masalah. Ada juga beberapa kes durian rosak (dalam perjalanan disebabkan kotak yang agak panas).

“Bagaimanapun, kami akan tukarkan durian baharu sekiranya berlaku kerosakan demi ke­puasan pelanggan. Cuma yang paling saya tersentuh dan tercalar di hati ini apabila mereka kecam saya kononnya menjual durian mahal,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, pelantun yang popular menerusi lagu Bila Cinta itu berkata, keuntu­ngan berniaga durian tidaklah setinggi seperti yang difikirkan.

“Kebun di Balik Pulau, Pulau Pinang itu bukanlah kebun saya. Saya pun hanya tumpang berniaga. Kos beli durian sahaja mencecah RM133,000 dengan purata keuntungan lebih kurang tujuh peratus sahaja.

“Saya jual durian ini pun dahulukan modal saya sendiri untuk sama-sama bantu bawa durian dari Balik Pulau ke kota ini buat mereka yang rindukannya. Macam mana saya nak jual murah jika saya beli di kebun pun sudah mahal,” soalnya.

Tambah pemilik nama lengkap Norsyarmilla Jirin, 34, tujuan utama dia memuat naik penjelasan dalam Instagramnya adalah supaya peniaga durian sepe­rtinya tidak sewenang-wenang dituduh dan dilabelkan dengan kata-kata kesat.

Selain menjual durian secara bermusim sejak beberapa tahun lalu, Mila turut mengusahakan perniagaan nasi Arab dan kek serta mempunyai perusahaan katering dan dewan perkahwinan miliknya sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI