SEBERANG PERAI – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menafikan satu kandungan mesej yang tular di aplikasi WhatsApp berkaitan kerjasama dengan pengurusan sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya bagi pemberian vaksin dengan bayaran RM50.
Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, pihaknya tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk memberi vaksin Covid-19 kerana pemberian vaksin adalah di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan mana-mana informasi yang tidak sahih dan segera mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 melalui MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Antara kandungan dalam mesej yang tular itu mendakwa MBSP dan Sunway Carnival telah menawarkan kadar vaksin bernilai RM50 untuk dua kali dos suntikan.
Sehubungan itu, mereka yang berminat untuk mendapatkan vaksin berkenaan diminta memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon serta status kesihatan sama ada berpenyakit kritikal atau sebaliknya kepada nombor yang diberikan selewat-lewatnya pukul 10 malam. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929