fbpx

Mata Priyanka buat orang rasa kurang senang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRIYANKA CHOPRA

AKTRES Priyanka Chopra ternyata agak sebal apabila ada individu secara jujur meluahkan rasa kurang senang terhadap bentuk mata miliknya.

Perkara tersebut disedari Priyanka menerusi satu komen dalam Instagramnya. Kata Priyanka, seseorang telah meninggalkan komen pada sebuah video ulasan produk rambut yang dikeluarkannya dan komen tersebut menegur tentang bentuk matanya.

“Saya berasa sedih dengan bentuk mata Priyanka Chopra. Matanya membuatkan saya merasa kurang senang,” komen seorang pengguna Instagram.

Menjawab komen tersebut, bintang Don itu berkata, dia tidak dapat berbuat apa-apa dengan bentuk mata yang dimiliki sejak dilahirkan ke dunia.

“Saya rasa komen sebegitu tidak perlu ada di sini (video ulasan produk). Tapi kalau mata saya mengganggu hidup anda, apa yang boleh saya katakan?” jawabnya.

Komen tersebut turut mendapat perhatian daripada sepupunya, Parineeti Chopra sambil menitipkan ingatan kepada semua bahawa apa sekali pun, Priyanka tetap bekas ratu cantik dunia tahun 2000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI