fbpx

Lima hari kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Book Koon ( tiga kanan ) menyampaikan bantuan keperluan asas kepada Chin Seng di Flat Bukit Tinggi, hari ini. - Foto ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Sebuah keluarga di Flat Bukit Tinggi, di sini, terpaksa mengibarkan bendera putih selama lima hari ekoran kehabisan makanan di rumah mereka.

Lebih menyayat hati, keluarga itu hanya bergantung harapan pada wang bantuan bulanan RM300 untuk anak mereka yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) disalurkan Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua keluarga tersebut, Yeo Chin Seng, 60, berkata, dia terpaksa menebalkan muka mengibarkan bendera putih apabila hilang arah demi kelangsungan hidup.

“Sepanjang tempoh tersebut, kami terpaksa mencatu makanan dua kali sehari dengan berlaukkan sardin sahaja.

“Ini apabila bekalan makanan untuk empat ahli keluarganya yang dibeli sebelum ini semakin susut,” katanya ketika ditemui dalam program agihan bantuan Bendera Putih anjuran MCA bahagian Klang, di sini, hari ini.

Chin Seng memberitahu, kehidupan mereka sebelum ini hanya bergantung kepada salah seorang anaknya berusia 27 tahun yang bekerja di kedai aksesori kereta.

Dakwanya, bagaimanapun disebabkan pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) anaknya ‘dicutikan’ oleh majikannya.

“Saya lega apabila mendapat bantuan daripada MCA yang secara langsung memastikan kehidupan kami yang terjejas teruk ini,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Klang, Datuk Tan Bok Koon berkata, pihaknya mendapat makluman mengenai keperitan dialami keluarga Chin Seng daripada seorang kenalannya yang tinggal berdekatan kawasan tersebut.

“Sumbangan bahan makanan seperti beras, telur, minyak, sayur dan lain-lain bernilai RM400 disalurkan kepada mereka.

“Selain itu, kita juga memberikan wang tunai RM200 untuk digunakan mereka, ” katanya.

Bok Koon meminta orang ramai menghubunginya melalui akaun Facebook rasminya, Dato’ Tan Bok Koon’ sekiranya mereka tidak mempunyai wang untuk membeli keperluan asas. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI