fbpx

KBS perkenal tujuh inisiatif Prihatin Belia dan Sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (depan, empat dari kanan) bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (depan, tiga dari kanan) bergambar bersama para atlet selepas majlis pelancaran Detik 100 Hari ke Tokyo 2020 di Majlis Sukan Negara Bukit Jalil baru-baru ini. Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan tujuh Inisiatif Prihatin Belia dan Sukan semalam yang memfokuskan agenda kepada penggiat industri sukan sebagai usaha tuntas serta penampan bagi membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Tujuh inisiatif KBS adalah:-

• 1. Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS) – akan memanfaatkan enam ribu buah syarikat / perniagaan berdaftar dengan bantuan one-off RM3,000.
• 2. Moratorium bagi pemain sukan – KBS melalui SPIKE akan menyediakan surat pengesahan untuk menyokong permohonan yang dikemukakan kepada pihak bank berkaitan.
• 3. Insentif sewaan fasiliti – KBS hanya mengenakan sewaan fasiliti sukan dan rekreasi pada kadar 50% untuk tempoh enam bulan.
• 4. Kuota Myvac untuk pekerja industri sukan – sukarelawan MYVAC@SportsIndustry ini akan menikmati kadar bayaran elaun sama seperti MYVAC sedia ada iaitu RM100 untuk bekerja selama 14 jam
• 5. Skim pembiayaan industri sukan (SPIS) – sejumlah RM1.1 billion dana tambahan diumumkan di bawah program pembiayaan mikro kredit melalui PEMULIH.
• 6. Program Vaksinasi Industri Sukan (Sportivac) – pemain dalam ekosistem industri sukan akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin.
• 7. Kursus dan latihan percuma – KBS akan menawarkan kursus-kursus berkaitan secara percuma kepada orang ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI