fbpx

Hujan sukarkan usaha cari mangsa bot bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bot dinaiki mangsa yang rosak selepas bertembung dengan bot lain di Sungai Kuala Muda di Kepala Batas hari ini.

SEBERANG PERAI – Usaha mengesan seorang nelayan yang dikhuatiri lemas dalam kejadian perlanggaran dua buah bot di Sungai Kuala Muda, Kepala Batas di sini tengah malam tadi berdepan kesukaran berikutan cuaca hujan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Muda, Muhammad Yazi Taib berkata, operasi mencari dan menyelamat di permukaan dilakukan sehingga pukul 2 pagi tadi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 12.59 tengah malam.

“Operasi disambung semula pada pukul 8 pagi tadi. Cuaca tidak menentu dan hujan menyukarkan operasi, namun anggota penyelam Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) tetap meneruskan pencarian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan seorang nelayan dikhuatiri lemas dalam kejadian pertembungan dua buah bot di Sungai Kuala Muda.

Mangsa dikenalpasti sebagai Muhammad Azim Zahari, 19, dilaporkan terjatuh ke dalam sungai selepas bot yang dinaikinya berlanggar dengan bot dinaiki Mohd. Nor Azman Abdul Rahim, 28.

Mohd Nor Azman berjaya diselamatkan rakan-rakannya manakala Muhammad Azim gagal ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ketika kejadian bot yang dinaiki Muhammad Azim dalam perjalanan keluar untuk menangkap ikan.

“Bot terbabit tidak mempunyai lampu kemudiannya melanggar bot yang dinaiki Mohd. Nor Azman yang baru kembali dari laut menyebabkan kedua-duanya terjatuh,” katanya. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI