fbpx

Hati suci Rhea Chakraborty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RHEA CHAKRABORTY

PELAKON Rhea Chakraborty dipuji peminatnya selepas dilihat memberi makan sekumpulan anjing jalanan yang kelaparan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya baru-baru ini, aktres berusia 29 tahun itu dirakam sedang memberi makan kepada beberapa ekor anjing jalanan sambil tersenyum.

Rhea dilihat membawa sebungkus makanan dan kemudian memanggil haiwan-haiwan jalanan itu mendekatinya.

“Mari sini sayang, makanlah dengan banyak,” kata Rhea dalam video tersebut.

Tindakannya itu ternyata menarik perhatian ramai pihak termasuk dalam kalangan rakan artis. Ramai menyifatkan dirinya sebagai seorang yang penyayang dan baik hati.

“Kamu bukan sahaja cantik, tetapi juga memiliki hati yang sungguh suci,” puji rakan pelakon, Eesha Agarwal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI