fbpx

Hamilton kecewa kena tinggal jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON mendedahkan kerosakan jentera menjadi punca dia gagal mengejar Verstappen pada saingan GP Austria di Litar Red Bull Ring, Spielberg malam kelmarin. – AFP

SPEILBERG – Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton mengatakan kerosakan jentera menyebabkan dia kehilangan peluang untuk menamatkan saingan tempat kedua pada Grand Prix (GP) Austria sekali gus menjejaskan harapan­nya dalam perebutan gelaran dunia musim ini.

Pada perlumbaan tersebut, pemandu Red Bull, Max Verstappen terus mengukuhkan cengkaman sebagai pendahulu kejua­raan dunia F1 apabila memenangi tiga perlumbaan berturut-turut ketika ini.

Hamilton yang sekadar menamatkan saingan tempat keempat di Austria kini berada dalam mimpi ngeri bagi perebutan gelaran apabila dipisahkan 32 mata dengan Verstappen.

“Mercedes kini ketinggalan jauh dengan Red Bull. Jadi kami perlu bekerja keras dan banyak perkara perlu dilakukan selepas ini.

“Mereka (Red Bull) telah menampakkan banyak peningkatan dalam beberapa perlumbaan yang lalu dan Mercedes pula masih tidak melakukan sebarang perubahan.

“Mercedes perlu sedar dengan masalah yang kita hadapi sekarang dan jika tidak inilah hasil yang kita akan hadapi pada setiap perlumbaan akan datang.

“Saya sudah katakan sebelum perlumbaan kerana sangat sukar mengatasi Verstappen. Saya sa­ngat kecewa kerana gagal mempertahankan kedudukan tempat kedua berikutan masalah daya tekanan (downforce) ketika itu,” katanya.

Sebelum ini, ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff menegaskan, pasukannya menghentikan pembangunan jentera mereka musim ini dan fokus kepada pe­rancangan jentera baharu musim depan yang lebih mencabar.

Bagaimanapun, Wolff tidak menolak akan melakukan pertukaran komponen kecil pada jentera Mercedes untuk beberapa pusingan perlumbaan akan datang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI