fbpx

Bendung penularan wabak dalam wad psikiatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PUTRAJAYA – Peningkatan pesakit dalam wad psikiatri perlu ditangani secara tuntas, bagi mengelak risiko penularan wabak Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, terdapat wad psikiatri di dua buah hospital kerajaan ketika ini merekodkan penyebaran jangkitan virus berkenaan.

“Kita dalam keperluan yang sangat penting dalam menangani kes kesihatan mental angkara wabak Covid-19.

“Saya dimaklumkan mengenai peningkatan kes dalam wad psikiatri, justeru pengurusan perlu dilaksanakan secara tuntas dan berhati-hati,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan secara rasmi laporan Peka B40 2019-2020 secara maya hari ini.

Skim tersebut diuruskan sebuah anak syarikat tidak berasaskan keuntungan dan milik penuh kementerian, ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. yang diperbadankan pada 2016 lalu.

Terdahulu, Adham dilaporkan berkata, 10 individu di wad psikiatri lelaki di Hospital Kuala Lumpur diuji positif Covid-19. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI