fbpx

4 dikompaun berjudi di dapur rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat individu ditahan berjudi di sebuah rumah di Taman Mutiara Indah, Benta di Lipis Pahang.

LIPIS – Tindakan empat individu bermain judi di dapur sebuah rumah gagal mengaburi polis yang berjaya mengesan dan menahan mereka dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Mutiara Indah, Benta dekai sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kesemua suspek yang berusia 40 hingga 59 tahun itu ditahan atas kesalahan di bawah Akta Judi Rumah Terbuka dan dikompaun masing-masing RM1,500 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Dalam serbuan kira-kira pukul 5.20 petang itu tiga lelaki dan seorang perempuan didapati sedang duduk mengelilingi sebuah meja kayu bulat dan sedang bermain judi menggunakan buah batu mahjong.

“Kesemua suspek kemudian ditahan dan semua barang kes yang terdiri daripada meja kayu, kerusi plastik, 184 buah mahjong, dua biji dadu, sejumlah chip dan 20 helai kertas minyak dirampas,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, kesemua individu turut dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bermain permainan judi jenis “Tai Kee” dan barang kes yang dirampas menunjukkan bagi maksud kegiatan perjudian tersebut,”ujarnya. -K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI