fbpx

2,500 orang disuntik vaksin Covid-19 palsu berisi air garam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang awam beratur untuk mendapatkan vaksin di Mumbai pada 4 Mei lalu. - CNN

NEW DELHI – Pihak berkuasa India menyatakan bahawa beribu-ribu orang menjadi mangsa skim penipuan vaksin koronavirus palsu dengan beberapa doktor dan pekerja perubatan antara yang ditahan kerana bersubahat, lapor saluran  berita CNN kelmarin.

Menurut pegawai kanan Jabatan Polis Mumbai, Vishal Takur, sekurang-kurangnya 12 cubaan menjual vaksin palsu  dibuat di  Mumbai dan kawasan sekitarnya dalam negeri Maharashtra.

“Mereka menggunakan air masin dan menyuntiknya kepada orang ramai,” kata Vishal.

Dianggarkan seramai 2,500 individu disuntik dengan vaksin palsu tersebut. Penganjur turut mengenakan bayaran bagi vaksin yang diberikan dan memperoleh pendapatan sebanyak AS$28,000 (RM116,334).

Setakat ini, seramai 14 individu telah ditahan kerana disyaki menipu selain kesalahan  cubaan membunuh, konspirasi jenayah dan tuduhan lain. Lebih ramai individu akan ditahan ketika polis mempergiatkan siasatan berhubung penipuan itu.

Cubaan vaksinasi palsu itu berlaku pada hujung Mei dan awal Jun lalu.

Pihak berkuasa menjalankan siasatan selepas beberapa mangsa penipuan berasa curiga  tentang sijil vaksinasi yang mereka terima seterusnya membuat laporan polis.

Salah satu sesi suntikan vaksin itu dilaporkan dibuat di sebuah rumah dan tiada seorang penerima pun mendapat gejala sampingan selepas vaksin, justeru, mereka mula meragui ketulenan vaksin tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI