fbpx

10 tahun rumah tiada bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA orang anak Imanoorshella tidak dapat mengikuti kelas PdPR seperti kanak-kanak lain disebabkan tiada bekalan elektrik.

GUA MUSANG – Seorang suri rumah di Kampung Jelaping di sini terpaksa memanaskan seterika menggunakan api dapur gas bagi menggosok pakaian ahli keluar­ganya kerana rumah mereka tiada bekalan elektrik sejak 10 tahun lalu.

Imanoorshella Desa, 28, berkata, situasi itu bukan sahaja dialami oleh keluarganya, tetapi tujuh lagi rumah lain turut mengalami nasib sama meskipun beberapa kampung kawasan sekitar sudah lama menikmati kemudahan itu.

Katanya, masalah bekalan elektrik itu juga menyebabkan mereka tidak dapat membeli peralatan elektrik seperti televisyen, peti sejuk dan mesin basuh.

“Kami hanya menggunakan bateri kenderaan untuk menghidupkan lampu pada waktu malam. Lampu yang dicas menggunakan bateri itu bertahan selama tiga jam sahaja jika diguna pada waktu malam.

“Bagi menggosok pakaian pula, saya terpaksa memanaskan seterika atas dapur gas sebelum menggosok pakaian sekolah anak,” katanya kepada pemberita di rumahnya semalam.

CHE IBRAHIM (kanan) melihat Imanoorshella terpaksa memanaskan seterika menggunakan api dapur gas bagi menggosok pakaian di rumahnya di Kampung Jelaping, Gua Musang.

Suaminya, Muhammad Abd. Ghani, 49, yang bekerja sebagai penoreh getah pula berkata, kedudukan rumah­nya berada di kawasan pedalaman selepas dia mengusahakan
kawasan kebun di situ.

Katanya, ketika ini, dua anak perempuannya yang berada di peringkat prasekolah turut berdepan dengan masalah untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Anak-anak saya yang berusia 5 dan 6 tahun mempunyai masa yang terhad untuk mengikuti PdPR iaitu pada waktu pagi dan petang sahaja.

“Saya berharap ada pihak dapat membantu keluarga saya dan jiran lain untuk mendapatkan bekalan elektrik,” katanya.

Masalah yang dihadapi keluarga Imanoorshella, mendapat perhatian daripada Majlis Jaksa Pendamai Kelantan (MJPK) apabila mendapat kunjungan Ahli Jawatankuasanya, Che Ibrahim Che Ismail semalam.

Menurut Che Ibrahim, MJPK bersetuju untuk memasang sistem solar di rumah itu buat sementara waktu bagi memberi kemudahan anak mereka belajar dan pihaknya akan membantu masalah bekalan elektrik itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI