BELURAN – Lebih sepuluh buah rumah terjejas teruk akibat dipukul ribut dalam kejadian di Kampung Keniogan petang semalam.
Dalam kejadian sekitar pukul 5 petang itu, turut difahamkan fenomena belalai air turut berlaku ketika kejadian terbabit.
Angin kencang dan hujan lebat turut mengakibatkan beberapa tiang elektrik di kampung berkenaan tumbang.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, terdapat penduduk kampung yang melaporkan rumah mereka mengalami kerosakan teruk sehingga 50 peratus khususnya di bahagian bumbung berikutan diterbangkan angin.
“Malahan bekalan elektrik keseluruhan kampung juga terputus akibat tiang elektik yang tumbang.
“Selain itu, terdapat pokok tumbang yang mengakibatkan papan tanda sekolah kampung mengalami kerosakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semantara itu, beliau memaklumkan setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929