fbpx

Southgate cabar pemain ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (tengah) meledak dua gol ketika membantu England mara ke separuh akhir dengan menewaskan Ukraine 4-0 awal pagi semalam. – AFP

ROM – Ketua jurulatih England, Gareth Southgate enggan anak-anak buahnya mendabik dada dengan kejayaan mara ke pentas separuh akhir saingan Euro 2020 sebaliknya berusaha memikirkan cara untuk bergelar juara trofi bola sepak paling berprestij Eropah kali ini.

Sebagai rekod, skuad The Three Lions mempamerkan kelas tersendiri dengan menewaskan pasukan Ukraine 4-0 pada aksi separuh akhir di Stadio Olimpico, Rom awal pagi semalam hasil ledakan Harry Kane (dua gol), Harry Maguire dan Jordan Henderson.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan England dijadualkan bertemu dengan pasukan Denmark di pentas separuh akhir yang akan berlangsung pada awal pagi Khamis nanti di Wembley.

Kata Southgate, kejayaan mara ke pentas separuh akhir tidak membuktikan apa-apa dan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan walaupun ini merupakan kejayaan ketiga mara ke saingan empat terbaik selepas Piala Dunia 2018 dan Liga Negara-Negara Eropah 2019.

“Saya percaya keputusan me­langkah ke pentas separuh akhir buat kali ketiga berturut-turut dalam kejohanan bola sepak antarabangsa adalah sesuatu yang besar tetapi ia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

“Mungkin prestasi yang pasukan pamerkan sepanjang dua perlawanan lepas dengan menewaskan Jerman dan Ukraine dapat membuka mata pengkritik di luar sana dengan meletakkan keyakinan bahawa England boleh dianggap sebagai antara pilihan merangkul kejuaraan kali ini.

“Namun, saya mencabar pemain agar tidak berpuas hati muncul dengan status sebagai empat pasukan terbaik kerana ia ada kalanya memberi kekecewaan berganda jika kami mensia-siakan peluang di pentas separuh akhir nanti.

“Justeru, saya mahu pasukan menggunakan kesempatan ini untuk melangkah ke pentas final sekali gus menjuarai trofi Euro buat pertama kali dalam sejarah kami,” kata Southgate. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI