fbpx

Seventeen kini tanpa S. Coups

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S.COUPS

GARA-gara terjatuh ketika menghadiri sebuah acara pada 30 Jun lalu, penyanyi S. Coups mengalami kecederaan pada bahagian bahu selain luka-luka kecil.

Perkara berkenaan dikongsikan agensi Pledis Entertainment dengan memaklumkan kecederaan dialami penyanyi itu turut melibatkan bahagian dahi kanan, telinga dan dagunya.

Selepas mendapat rawatan di sebuah hospital, anggota Seventeen itu dinasihatkan doktor supaya menghentikan seketika kerjanya supaya dapat mengurangkan pergerakan pada bahunya.

“Buat masa sekarang, dia sedang berehat demi memastikan kecederaan dialami tidak menyebabkan sebarang keradangan.

“Disebabkan itu, S. Coups tidak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti promosi untuk album mini kelapan Seventeen dalam minggu ini,” ujarnya.

Keadaan tersebut turut menyaksikan ketiadaan S. Coups bersama Seventeen dalam program-program terbitan stesen Mnet, KBS dan SBS dan juga acara bertemu peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI