fbpx

Selangor negeri pertama cucuk vaksin di PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (berdiri kiri) sedang meninjau pemeriksaan kesihatan penduduk di apartmen Mentari Court, Petaling Jaya, hari ini

SHAH ALAM – Selangor menjadi negeri pertama menjalankan program vaksinasi terhadap penduduk yang tinggal di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemberian vaksin itu melibatkan 1,553 penghuni yang dijadualkan di apartmen Mentari Court, PJS 8, Petaling Jaya yang dikenakan PKPD.

“Ini adalah langkah yang julung kali diadakan dalam kawasan PKPD di negara ini.

“Pelaksanaannya bagi memastikan penularan wabak dalam komuniti ini dapat diputuskan sekaligus mengelakkan keperluan melaksanakan PKPD sekali lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kawasan tersebut mempunyai tujuh blok melibatkan 3,469 unit rumah dengan junlah penduduk dianggarkan 17,000.

Amirudin memberitahu, kerajaan negeri telah mengikuti saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan menjalankan protokol FTTIS (cari, saring, jejak, asing dan sokong) sebelum vaksinasi dilaksanakan di kawasan itu.

Beliau menjelaskan, proses saringan penduduk telah dilakukan kepada 9,007 orang oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (PKD), semalam. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI