fbpx

Pulau Pinang beralih ke Fasa 2 PPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

PETALING JAYA – Pulau Pinang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Rabu ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri tersebut telah mencapai tiga indikator utama iaitu purata jangkitan harian selama tujuh hari di bawah nilai ambang 12.2 kes per 100 ribu iaitu 9.5 kes per 100 ribu.

“Kadar penggunaan katil wad Unit Rawatan Rapi mencapai tahap sederhana dan penilaian respos kapasiti yang berada pada tahap memadai.

“Kadar vaksinasi lengkap dua dos ke atas populasi dewasa melebihi 10 peratus iaitu pada kadar 10.1 peratus,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Dalam pada itu, operasi premis makanan bagi Fasa 1 dan Fasa 2 boleh beroperasi bermula pukul 6 pagi sehingga 10 malam seperti diumumkan sebelum ini.

Beliau berkata, bagi mengelakkan kekeliruan, hanya premis makanan di semua kawasan PKPD termasuk di mukim-mukim di negeri Selangor dan beberapa lokaliti tertentu di Kuala Lumpur sahaja yang beroperasi bermula 8 pagi hingga 8 malam.

“Selain itu, kerajaan membenarkan semua penduduk di kawasan PKPD untuk keluar bagi tujuan mendapatkan suntikan vaksin termasuk mereka yang ingin pulang ke kampung untuk membawa ahli keluarga mendapatkan suntikan vaksin sama ada di luar daerah atau negeri.

“Mereka hanya perlu menunjukkan janji temu MySejahtera dan mendapatkan kebenaran polis dan bagi tujuan pergerakan mendapatkan vaksin hanya maksimum tiga orang dibenarkan termasuk pemandu,” katanya.

Tambahnya, MKN turut memutuskan untuk membenarkan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di kawasan yang dilaksanakan PKPD untuk beroperasi bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari dengan kapasiti 60 peratus kehadiran pekerja bagi menguruskan penyaluran skim-skim bantuan kerajaan.

“Bagaimanapun, bagi pejabat KWSP yang kecil seperti di kawasan luar bandar, jumlah pekerja dibenarkan dengan kapasiti maksimum. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI