fbpx

Kyra Aqilah puas bantu anak yatim bina keyakinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MINAT gadis berusia 29 tahun itu terhadap aktiviti kesukarelawanan sudah berputik sejak sedekad lalu sewaktu menuntut di Universiti Kuala Lumpur.

Ketika itu Kyra Aqilah Jamal banyak menyumbang tenaga membantu memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di YayasanKebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (Yatim) yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Selepas tamat pengajian dalam jurusan Diploma Kewangan dan Perbankan, anak kelahiran Seri Manjung, Perak itu bekerja sebagai pegawai bank selama setahun.

Bagaimanapun, disebabkan cinta mendalam terhadap aktiviti berkenaan, Kyra Aqilah sanggup mengorbankan pekerjaan idamannya semata-mata untuk memenuhi minatnya.

Akhirnya, dia memilih untuk bekerja di Yatim sebagai Pegawai Eksekutif Program dan Pentadbiran, sekali gus membolehkannya terlibat secara langsung membantu anak-anak yatim.

Baru-baru ini, iGen berkesempatan menemu bual Kryra Aqila bagi mengulas dengan lebih lanjut penglibatannya sebagai sukarelawan yang bermula ketika zaman belajar sehingga kini.

Sejak bila dan mengapa saudari bergiat aktif sebagai sukarelawan?

Saya mula menyertai aktiviti kesukarelawanan dengan hanya ingin mengisi masa lapang pada hujung minggu semasa zaman belajar di universiti.

Niat awal hanya ingin memberi sumbangan kepada anak-anak yatim. Pada masa itu, saya tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan wang ringgit dan harta benda.

Jadi, saya memilih untuk menyumbangkan dalam bentuk tenaga.

Lama-kelamaan minat terhadap kerja sukarelawan semakin sebati dalam diri.

Apakah bentuk sumbangan yang saudariberi dalam aktiviti tersebut?

Saya banyak terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan di yayasan berkenaan.Sebagai seorang pelajar, saya banyak membantu anak-anak yatim ini dalam aspek pembelajaran dengan membuat kelas-kelas secara percuma.

Pada masa sama, saya turut membantu pihak yayasan merancang dan melaksanakan pelbagai program kesukarelawanan.

Apakah keseronokan dinikmati saudari apabila menyertai aktiviti terbabit?

Pertama sekali, saya berpeluang bertemu dengan bermacam karakter manusia.

Ada yang suka berjenaka, ceria dan banyak cakap, tetapi sebenarnya menyembunyikan masalah, lurus serta ada juga yang pendiam.

Keduanya, penglibatan dalam kerja sukarelawan membolehkan saya melupakan tekanan hidup buat seketika.

Ketika program, kita bukan sahaja mengajar, tetapi belajar kemahiran baharu daripada
kehidupan orang lain.

Selain itu, kita turut memahami masalah yang melibatkan anak yatim seperti kewangan, kurang perhatian serta mudah terpengaruh dengan media sosial dan rakan sebaya.

PROGRAM kelas percuma sering diadakan oleh Kyra Aqilah bagi membantu anak-anak yatim mendapat pendidikan seperti orang lain.

Apakah pengalaman manis yang pernah dilalui saudari sepanjang menjadi sukarelawan?

Kenangan manis yang sentiasa tersemat dalam ingatan saya adalah ketika melihat anak-anak yatim yang dibantu dapat melanjutkan pelajaran, berjaya mengurangkan beban serta masalah dihadapi mereka.

Saya berasa puas apabila dapat mencurahkan maklumat serta ilmu kepada anak-anak yatim, terutamanya di kawasan luar bandar menerusi platform sukarelawan ini.

Apakah saranan saudari kepada remaja di luar sana dalam usaha mengubah persepsi mereka terhadap aktiviti kesukarelawanan?

Saya dapati semakin ramai remaja pada hari ini yang berminat untuk melakukan kerja-kerja sukarela.

Minat sahaja tidak cukup, sebaliknya mereka perlu lebih komited ketika menyertai aktiviti berkenaan.

Paling penting, mereka perlu memilih skop yang sesuai dengan minat.Hal ini kerana, aktiviti
kesukarelawanan ada banyak cabang seperti kebajikan, pendidikan atau alam sekitar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI