PETALING JAYA – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Sabak Bernam mula beroperasi hari ini dengan kapasiti harian 1,000 dos.
KKM dalam kenyataan melalui Facebook berkata, PPV melibatkan pengamal perubatan swasta turut dibuka di kawasan luar bandar untuk manfaat penduduk sekitar dan tambahan kepada PPV sedia ada kendalian KKM.
“Pembukaan PPV berkenaan dikendalikan anak syarikat KKM yang tidak berasaskan keuntungan iaitu ProtectHealth Corporation melibatkan kerjasama awam dan swasta.
“Usaha tersebut diambil bagi mempercepatkan negara mencapai imuniti berkelompok,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929