fbpx

PPV PIKAS di Senawang mula operasi 19 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hisan

SEREMBAN – Sebuah lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) akan dibuka di Pusat Perniagaan D’Cattleya, Senawang pada 19 Julai depan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan Dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, PPV tersebut mampu menampung sebanyak 1,200 hingga 1,500 dos suntikan sehari kepada pekerja industri apabila beroperasi kelak.

“Ketika ini sebuah PPV di bawah PIKAS telah memulakan operasi di PPV D’Tempat Country Club, Sendayan dan kemudiannya sebuah lagi akan dibuka D’Cattleya, Senawang.

“Apabila ia dibuka kelak, ia akan lebih menfokuskan pemberian vaksin kepada pekerja-pekerja kilang di sekitar kawasan Senawang,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di PPV Kompleks Belia dan Sukan, Paroi yang mula beroperasi hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI