fbpx

Penduduk Perlis lega beralih Fasa Kedua PPN 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedai gunting rambut di Kangar mula beroperasi pada hari pertama Fasa Kedua PPN hari ini.

KANGAR – Pembukaan semula beberapa sektor ekonomi di negeri ini setelah beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa hari ini disambut baik penduduk negeri ini.

Tinjauan ke beberapa kedai gunting rambut dekat sini mendapati ramai yang menunggu giliran untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Seorang kakitangan kerajaan, Faizudin Ahmad, 40, berkata, kali terakhir dia memotong rambut adalah sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, pembukaan semula beberapa sektor ekonomi ini memberi kelegaan kepada penduduk untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan.

“Bila dah buka banyak sektor ini nampak Kangar lebih ceria dan berwarna-warni. Selain itu, kami sebagai penduduk juga dapat melakukan urusan yang tergendala.

“Saya harap Perlis bebas daripada kes Covid-19 bagi membolehkan kita beralih kepada fasa PPN seterusnya,” katanya ditemui di sebuah kedai gunting rambut di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI