fbpx

Pelajar berisiko tinggi diberi vaksin awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA – Remaja yang dikategorikan dalam kumpulan berisiko tinggi akan diberi vaksin Covid-19 lebih awal daripada golongan sama yang tiada latar belakang penyakit.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, usia remaja dalam kalangan pelajar yang akan diberi vaksin adalah antara 12 hingga 17 tahun dengan mereka yang layak akan divaksin jenis Pfizer.

“Kita akan memberi fokus kepada remaja yang dikategorikan kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu.

“Selain itu, semua pihak berkaitan dengan persekolahan akan diberi vaksin dalam memastikan tidak wujudnya kluster berkaitan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri Penyelaras PICK merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara maya, hari ini.

Ketika ditanya sama ada golongan remaja akan diberi dos yang sama seperti orang dewasa, Adham berkata, pakar masih menilai data klinikal bagi memberi penilaian berdasarkan usia dan berat seseorang itu namun mencadangkan dos yang berbeza dari orang dewasa. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI