fbpx

Pekerja Myanmar gantung diri di depan pintu kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warganegara Myanmar ditemui mati dipercayai menggantung diri di depan pintu sebuah kilang di Taman Desa Idaman, Kulai, Johor malam semalam. Foto IHSAN BOMBA

KULAI – Seorang pekerja kilang warganegara Myanmar ditemui maut akibat menggantung diri di hadapan pintu masuk sebuah kilang memproses barangan terpakai di Jalan Desa Idaman 1/7, Taman Desa Idaman, di sini malam semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan II, Abd. Malik Abd. Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung perkara itu pada pukul 9.57 malam.

Jelas beliau, sehubungan itu seramai sembilan anggota beserta dua buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati mangsa dipercayai seorang lelaki warganegara Myanmar dan berusia 25 tahun telah bertindak menggantung dirinya di hadapan pintu masuk kilang berkenaan.

“Kejadian itu disedari majikannya yang kemudian bertindak menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, anggota bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk menurunkan mangsa dengan memotong tali sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI