fbpx

PDRM periksa 202,591 premis menerusi Ops Patuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan telah melakukan sebanyak 202,591 pemeriksaan ke atas premis-premis di seluruh negara menerusi Ops Patuh PDRM yang bermula pada 25 Jun lalu sehingga semalam.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pemeriksaan tersebut telah dilakukan oleh 5,366 pasukan pemeriksaan PDRM bersama agensi lain dengan kekuatan seramai 23,855 anggota serta pegawai.

“Menerusi Ops Patuh PDRM, sebanyak 25,651 buah kilang; 6,258 tapak pembinaan; 1,053 asrama penempatan pekerja dan 169,629 premis perniagaan telah diperiksa.

“Susulan pemeriksaan itu, sebanyak 1,919 kompaun telah dikeluarkan kepada premis yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala sebanyak 250 buah premis turut diarahkan tutup,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI