fbpx

Pas arah semua jentera gerakkan bantuan bakul makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Parti Islam Se-Malaysia (Pas) telah mengarahkan semua Ahli Parlimen dan Senator segera menggerakkan program bantuan bakul makanan dan turun padang menjaga rakyat yang terjejas.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya juga menggiatkan bantuan kit makanan melalui Badan Pehubungan Pas Negeri dan Pas Kawasan bagi membantu isi rumah yang terjejas akibat Covid-19.

“Peruntukan kerajaan kepada setiap Ahli Parlimen serta penambahan RM300,000 melalui Pakej Pemulihan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya kepada rakyat memerlukan.

“Semoga usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan dan semua umat Islam diseru untuk terus berdoa agar wabak ini diangkat segera oleh Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas sentiasa komited dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan kebajikan atas dasar hidup bermasyarakat serta saling tolong-menolong.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI