fbpx

Orang ramai pertikai wakil rakyat berada di Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan ADUN di Selangor berada di pekarangan Mahkamah Raub pagi tadi.

PETALING JAYA – Orang ramai mempertikaikan bagaimana seorang pemimpin pembangkang di Lembah Klang berjaya merentas negeri walaupun ketika ini hampir seluruh kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ia susulan satu klip video di laman Facebook yang dikongsi seorang pengguna dikenali sebagai Fadzli Kamal, yang memaparkan pemimpin pembangkang itu berada di pekarangan Mahkamah Raub, Pahang pagi tadi.

Klip video berdurasi dua minit 12 saat itu memaparkan pemimpin itu hadir memberi sokongan kepada 18 pekebun durian musang king yang dibawa ke Mahkamah Raub untuk mendapat perintah tahanan reman hari ini.

Kesemua pekebun itu ditahan semalam selepas melakukan beberapa provokasi terhadap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ketika operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub.

Pelbagai reaksi yang diluahkan orang ramai pada ruangan komen hantaran yang dikongsi di laman Facebook itu yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor yang merentas negeri ketika negeri itu sedang dikenakan PKPD.

“Macam mana dia boleh lepas rentas negeri, duduk Lembah Klang bukan kawasan dia pun. Rakyat biasa merayu macam mana pun kalau tak ada kecemasan tak boleh rentas.

“Aku harap pihak polis ambik tindakan, dah la provok polis lagi, kurang ajar betul,” tulis Mawi Satu.

Pada masa sama, orang ramai turut mengecam tindakan pemimpin tersebut yang kelihatan cuba mencetuskan provokasi serta menghalang seorang pegawai polis untuk menjalankan tugasnya.

“Menganggu penjawat awam menjalankan tugas, minta pihak berkenaan ambil tindakan dan bertegas dalam perkara ini,” kata Fs Ag.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI