fbpx

KPDNHEP keluarkan kompaun RM2.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam (kanan) ketika membuat pemantaun di sebuah pasaraya di Rompin baru-baru ini.

ROMPIN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan 496 kompaun berjumlah RM2.7 juta kerana pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh sebulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, tindakan kompaun kepada syarikat dan individu itu dilakukan hasil pemeriksaan terhadap 57,761 premis perniagaan seluruh negara.

“Angka ini termasuk 26 kes kompaun daripada 4,012 pemeriksaan yang dijalankan di bawah Ops Patuh yang bermula 2 Julai lalu di seluruh negara.

“Berdasarkan statistik, sebanyak 194 aduan diterima daripada orang awam mulai 1 Jun hingga 3 Julai lalu dan kesemuanya telah disiasat sepanjang tempoh PKP 3.0,” katanya selepas melakukan tinjauan Ops Patuh di beberapa premis perniagaan di sekitar bandar Rompin, di sini, semalam.

Menurut Azman, pihaknya telah menggerakkan seramai 2,262 pegawai penguatkuasa di seluruh negara untuk memastikan pematuhan sepenuhnya SOP di semua premis perniagaan peruncitan, pemborongan, pengedaran dan restoran. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI