JAKARTA – Kiriman mesej aplikasi Whatsapp dalam kalangan penduduk Ciamis, Jawa Barat menimbulkan kekecohan apabila ia memaparkan penampakan pocong dalam sekeping gambar, lapor Suara.com, semalam.
Rakaman pocong itu dipercayai dirakam di atas Jambatan Cirahoong di kawasan berdekatan yang kini sedang dalam proses baik pulih.
Penampakan pocong berbalut kain kafan putih jelas terpapar di antara beberapa pekerja yang sedang membaiki jambatan tinggalan penjajah Belanda itu.
Meskipun pocong itu jelas kelihatan, ramai yang meragui keaslian gambar itu dan menganggapnya sekadar suntingan bagi menakutkan orang.
“Gambar ini pasti disunting, tidak mungkin begitu jelas kelihatan pocongnya,” komen seorang warga tempatan.
“Mana ada pocong muncul di siang hari,” ujar seorang lagi.
Proses baik pulih Jambatan Cirahong yang menghubungkan Ciamis dan Tasik Malaya itu sudah berjalan selama sebulan dan tiada kenderaan dibenar melintas di situ. – Agensi