PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Jamil Rakon dilantik Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) baharu berkuat kuasa hari ini.
JPM menerusi kenyataan akhbar berkata, Jamil, 59, memiliki pengalaman dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun dengan menjawat jawatan pertama sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan pada 1 Disember 1992.
Katanya, Jamil yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Sarjana Pengurusan dari Australian Defence Force Academy, Canberra berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan organisasi.
“Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri;Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan,” katanya.
Tambah kenyataan itu, JPM mengalu-alukan kehadiran Jamil sebagai TKSUK JPM yang ke-16.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929