fbpx

Durian kunyit hanya cukup dijual di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHUNG LOONG menunjukkan buah durian kunyit yang akan dijual kepada ejen di dusunnya di Kampung Batu Jong, Kuala Krai semalam.

KUALA KRAI – Seorang pemajak dusun durian kunyit di sini mengakui kekurangan buah jenis itu menyebabkan dia tidak dapat memenuhi permintaan peraih buah ber­kenaan di luar Kelantan.

Menurut Ho Chung Loong, 45, secara purata, kebunnya di Kampung Batu Jong di sini ­menge­­l­uarkan hasil sebanyak satu tan durian kunyit sehari termasuk buah dari pokok durian muda.

Katanya, meskipun mempunyai 12,000 pokok durian kunyit yang dipajak di daerah lain iaitu di Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang, bekalan dari dusunnya itu cukup untuk dijual di pasaran di Kelantan sahaja.

“Buah durian kunyit dari sini ada dihantar ke kafe kami di Raub, Pahang dan Ipoh, Perak, namun jumlahnya sedikit,” katanya ketika ditemui ­Kosmo! semalam.

Durian kunyit atau lebih dikenali sebagai Raja Kunyit merupakan antara induk terawal klon durian yang ditanam di Pulau Raya, Tanah Merah dan menjadi durian eksklusif yang hanya ditanam Kelantan.

Durian kunyit kini dijual pada harga RM40 hingga RM60 sekilogram mengikut gred. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI