fbpx

China sumbang 500,000 dos Sinovac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia akan menerima satu lagi sumbangan bekalan vaksin apabila China bermurah hati memberikan 500,000 dos vaksin Sinovac yang dijangka tiba di tanah air pertengahan bulan ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, ia sekali gus akan terus meningkatkan kapasiti serta kadar vaksinasi PICK pada bulan ini dan seterusnya.

Beliau berkata, pada bulan ini, negara akan menerima 5,428,800 dos vaksin Pfizer menerusi perolehan terus kerajaan.

“Secara keseluruhan, stok vaksin Pfizer yang bakal diterima bulan ini adalah 6,429,150 dos termasuk 1,000,350 dos yang disumbangkan Amerika Syarikat.

“Bagi Sinovac pula, kita akan menerima keseluruhan lebihan bekalan pada bulan ini sekali gus melengkapkan jumlah tempahan sebanyak 12 juta dos,” katanya.

Katanya, pada bulan Ogos dan seterusnya, vaksin yang akan digunakan di bawah PICK adalah Pfizer dan AstraZeneca, tidak termasuk CanSino yang belum diterima tarikh penghantaran. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI