fbpx

Barty tempah slot pusingan keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARTY mengakui tidak gembira dengan prestasinya sendiri biarpun berjaya menundukkan Siniakova untuk ke pusingan keempat. – AFP

LONDON – Bintang tenis No.1 dunia, Ash Barty menepati ramalan melangkah ke pusingan keempat Kejuaraan Wimbledon selepas menewaskan Katerina Siniakova dengan keputusan 6-3, 7-5 awal pagi semalam.

Meskipun mencatat kemenangan, namun Barty mengakui dia terpaksa mengerah keringkat untuk mengatasi pemain ranking 75 dunia tersebut selepas memerlukan satu jam 37 minit untuk me­langkah ke pusingan tersebut.

“Permainan hari ini tidak berjalan dengan lancar. Terdapat beberapa perkara yang saya perlu diperbaiki.

“Siniakova benar-benar memberi cabaran yang sengit dan luar biasa. Bagaimanapun, saya sa­ngat seronok turun beraksi di sini dan sedikit lega melangkah ke pusingan seterusnya,” kata Barty.

Hasil kemenangan itu, pemain Australia tersebut akan berdepan juara Terbuka Pe­rancis, Barbora Krejcikova yang telah meraih 15 kemenangan berturut-turut termasuk gelaran di Strasbourg baru-baru ini.

“Sudah pasti ia adalah cabaran yang luar biasa dan saya sangat berbangga dapat kekal dalam saingan ini. Krejcikova tampil dengan aksi terbaik sebelum ke Wimbledon.

“Saya tidak pernah menghadapinya sebelum ini dan pasti ia bukan satu tugas yang mudah,” tambahnya.

Krejcikova mara pusingan keempat selepas berjaya mengatasi Anastasija Sevastova dengan keputusan 7-6, 3-6, 7-5. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN