fbpx

374 kes positif di PKPD Taman Desaria, Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Sebanyak 374 kes positif Covid-19 dikesan daripada penduduk di Taman Desaria, Nilai di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini sehingga 18 Julai depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seremban, Mohd. Nizam Tajul Arus berkata, sehubungan itu ujian saringan secara bersasar dilaksanakan di taman perumahan tersebut oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) hari ini.

“Saringan bersasar akan dijalankan oleh pihak PKD kepada kumpulan-kumpulan yang kita rasakan berisiko di taman tersebut dan PKD akan buka satu klinik sementara di mana ujian saringan akan dilakukan di situ.

“Pemasangan kawat duri juga sudah dilakukan bermula semalam, persiapan logistik juga sudah selesai dan hari ini akan kita siapkan mana-mana yang belum lengkap,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Belia dan Sukan ( KOMBES) Paroi di sini hari ini.

Jelas Mohd. Nizam, kedai-kedai runcit yang berada di dalam kawasan PKPD itu juga akan dibuka bagi memberi kemudahan kepada penduduk yang tidak dikuarantin untuk membeli dan mendapatkan barangan keperluan mereka. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI