fbpx

22,243 staf sektor pengangkutan udara terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Seramai 22,243 pekerja sektor pengangkutan udara dan berkaitan akan mula menerima suntikan vaksin dalam program pemberian vaksin bagi sektor pengangkutan dengan pelancaran pembukaan pusat pemberian vaksinasi industri (PPVIN) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, melalui program ini, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bekerjasama dengan beberapa syarikat industri penerbangan.

Katanya, kerjasama itu terjalin dengan Malaysia Airlines Berhad, Malindo, syarikat pengendalian darat AeroDarat, syarikat-syarikat penerbangan asing yang diwakili oleh Airline Operators Committee (AOC) dan pekerja kargo yang diselaraskan oleh Airfreight Forwarders Association of Malaysia (AFAM).

“Program vaksinasi ini akan dilaksanakan bermula hari ini sehingga 24 September depan di Anjung Tinjau, Terminal 1, KLIA dan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin sehingga Jumaat,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, PPVIN KLIA itu dibuka bertujuan mempermudahkan dan mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Sementara itu, Ka Siong berkata, bagi sektor pengangkutan darat yang melibatkan pengangkutan awam darat pula, beberapa PPV turut akan dibuka di beberapa lokasi di seluruh negara bagi memastikan 19,259 petugas rel dan pemandu bas dapat diberikan vaksinasi dalam masa terdekat.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI