fbpx

Vermont kawasan paling selamat di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak dirakam bermain di air pancut di Burlington, Vermont, negeri AS yang paling ramai divaksinasi pada 28 Jun lalu. - AFP

MONTPELIER, Vermont – Negeri Vermont di Amerika Syarikat (AS) mendakwa kawasan tersebut merupakan populasi dengan paling ramai divaksinasi di negara berkenaan.

Negeri dengan jumlah penduduk 640,000 orang itu baru-baru ini, muncul lokaliti pertama yang berjaya memvaksinasi 80 peratus penduduk yang layak.

“Kejayaan itu menjadikan negeri kami tempat paling selamat di negara ini dan mungkin juga di dunia,” kata Pesuruhjaya Kesihatan Vermont, Mark Levine.

Negeri luar bandar yang terletak di timur laut AS itu telah memberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin kepada 82 peratus penduduk berusia 12 tahun ke atas, mengatasi kadar edaran vaksin kebangsaan AS iaitu 64 peratus.

Kadar vaksinasi di Vermont adalah dua kali ganda berbanding situasi di Mississippi yang merupakan negeri dengan kadar edaran vaksin terburuk di AS.

Pegawai dan penduduk tempatan memuji kejayaan Vermont dengan pembukaan klinik vaksin yang meluas, kepercayaan kepada kepimpinan politik serta sains dan rasa tanggungjawab tinggi penduduk ke atas komuniti mereka.

“Penduduk Vermont sangat mengutamakan kesihatan mereka, itu adalah permulaan yang baik kepada program vaksinasi di sini.

“Mereka juga memberi kerjasama yang bagus dan patuh pada setiap arahan yang dikeluarkan,” kata Levine.

Vermont yang memiliki 94 peratus penduduk berkulit putih dan memiliki salah satu kadar pendidikan tertinggi di AS hanya mencatatkan sekitar 250 kematian akibat Covid-19.

AS secara keseluruhan telah mencatat lebih daripada 605,000 kes kematian yang berkaitan dengan Covid-19 sejak hampir dua tahun lalu.

Gabenor Vermont, Phil Scott menamatkan semua perintah berkurung berkaitan koronavirus selepas Vermont mencapai sasaran vaksinasi 80 peratus bulan lalu.

Antara cabaran program imunisasi yang berjaya diatasi Vermont dalam memvaksin penduduknya adalah memastikan penduduk yang tinggal di kawasan pergunungan, luar bandar dan ladang-ladang mendapatkan suntikan vaksin mereka.

Apabila janji temu di klinik kesihatan mengalami lambakan, kerajaan negeri mengambil inisiatif membuka kiosk suntikan vaksin di ladang, tepi tasik, taman negara dan sepanjang jalan raya utama bagi memudahkan penduduk luar bandar mendapatkan suntikan vaksin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI