fbpx

Urat leher putus dikelar angkara anxiety

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan HTJ memberi rawatan kepada seorang lelaki yang parah selepas mengelar leher sendiri dengan pisau dalam kejadian di Bandar Sunggala, Port Dickason semalam.

PORT DICKSON – Seorang lelaki yang menghidap penyakit mental anxiety parah selepas bertindak mengelar leher sendiri dengan pisau hingga putus urat leher dalam kejadian di Bandar Sunggala di sini semalam.

Kejadian pukul 9 pagi itu disedari oleh isteri mangsa selepas wanita tersebut terdengar jeritan suaminya di dalam tandas bilik tidur utama pada pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, apabila dijenguk, wanita itu terkejut apabila mendapati suaminya yang berusia 36 tahun itu berlumuran darah sambil memegang lehernya.

“Siasatan mendapati mangsa mengambil pisau dari dapur rumahnya. Urat lehernya putus dan dia kini dirawat di Zon Merah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

“Mangsa merupakan peniaga restoran di Teluk Kemang di sini dan mempunyai empat anak. Dia tidak mengalami masalah kewangan tetapi menghidap penyakit mental anxiety,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI