fbpx

UMNO terus suarakan kepentingan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru pasukan-pasukan siber pro-kerajaan agar berhenti mempertahankan kegagalan kerajaan membela rakyat.

Menurutnya di laman Facebook, beliau mempersoalkan sama ada mereka mempunyai empati terhadap rakyat yang sedang dihimpit kesengsaraan.

“Apakah anda tidak berasa bimbang negara seakan-akan di landasan yang tersasar? tetapi saya percaya dalam sanubari anda tahu keadaan rakyat. Keadaan negara ketika ini.

“Rakyat adalah saudara mara, rakan-rakan, jiran tetangga anda. Malaysia tanah air anda. Selamilah denyut nadi rakyat, rintihan, keluhan, penderitaan dan kerisauan mereka,” katanya menerusi satu hantaran hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid menyeru mereka agar menyelami denyut nadi rakyat, rintihan, keluhan, penderitaan dan kerisauan mereka.

“Dalam keadaan sekarang rakyat adalah keutamaan. Negara masa depan bersama. Jangan lupa ada sebahagian anggota masyarakat kita tidak ‘bermazhab’ politik.

“Mereka hanya mahu hidup selesa di sisi keluarga. Fikirkan tentang mereka juga dan kerana itu, saya dan UMNO akan terus menyuarakan kepentingan rakyat serta negara,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI