fbpx

Ular pura-pura mati selepas ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video ular yang berpura-pura mati selepas ditangkap anggota APM di Pulau Pinang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Perkongsian video seekor ular yang berpura-pura mati selepas ditangkap pihak Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) tular di laman sosial Facebook, sejak semalam.

Video berdurasi 40 saat yang dimuat naik pengguna Facebook bernama Ridhwan Rahim menunjukkan ular rusuk kerbau atau turut dikenali sebagai ular sawa tikus itu kelihatan membuka mulutnya seolah-olah kepenatan sebelum berlakon mematikan diri.

Ia juga dilihat tidak memberi maklum balas biarpun selepas ‘dikejutkan’ berkali-kali oleh anggota APM yang mengendalikan reptilia terbabit.

“Kelaku (buat perangai) sungguh dia punya lakonan hendak larikan diri. Ingatkan sudah kena serangan jantung boleh kita mulakan protokol bantuan pernafasan,” tulis Ridhwan dalam kapsyen hantaran tersebut.

Anggota APM berpangkat Lans Koperal itu berkata, ular tersebut ditangkap di Taman Sri Bukit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang selepas menerima aduan orang awam, Khamis lalu namun video tersebut baru dirakam dan dimuat naik semalam.

“Semalam saya sengaja bermain-main dengan ular tersebut dan buat video. Tidak sangka tular. Saya memang minat ular dan suka menjinakkan ular. Ia bukanlah ular yang berbisa.

“Tetapi sebenarnya ia bersifat agresif dan garang untuk menakut-nakutkan pemangsa namun jika ia berada dalam bahaya ia akan berpura-pura mati sebagai helah untuk melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Ramai netizen menyifatkan video yang dikongsi lebih 1,800 kali itu sebagai melucukan pada masa yang sama mendidik masyarakat mengenai sifat dan jenis ular.

“Nampak dengan Mamat Khalid pasti kena ambil berlakon cerita Kampung Pisang Ular,” gurau seorang netizen yang turut mencadangkan nama filem untuk ular tersebut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI