PETALING JAYA – Keterujaan seorang individu ketika menerima barangan yang dibalut dengan sabut kelapa tular di laman Twitter, sejak semalam.
Menerusi tangkap layar yang dimuat naik pengguna @IniAlannn memaparkan satu hantaran di laman Facebook menunjukkan pembeli tersebut membuka sabut kelapa yang di dalamnya terdapat barangan yang dibeli secara online.
Rata-rata pengguna di laman Twitter amat kagum dengan usaha penjual tersebut yang menggunakan sabut kelapa untuk melindungi barangan daripada sebarang kerosakan dan berseloroh terhadap hantaran itu.
“Boleh kongsi pada saya pautan untuk beli daripada penjual tersebut? Saya rindu sangat nak bau sabut kelapa. Maklumlah, dah lama tak balik kampung dan sebulan lebih juga tidak keluar rumah,” seloroh pengguna bernama @YeenSyazreen.
“Kalau dah lepas buka bungkusan tu, boleh guna sabut kelapa buat ikan cencaru bakar belah bekalang terus ni,” kata pengguna @Maktamrock.
“Penjual sangat bijak dan mesra alam. Tetapi itulah, di kawasan rumah saya di bandar ini di mana mahu cari sabut kelapa?” puji @irfanhadzrami di ruangan komen.
“Rumah saya banyak sabut kelapa. Lepas ini kalau saya nak pos barang pelanggan, saya guna sabut kelapa sajalah. Jimat duit,” gurau pengguna @zhrhrhmn_. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929