fbpx

Ramai teruja cuba tip cepat dapat janji temu vaksin.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tip langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan proses mendapat tarikh janji temu vasin yang dikongsi netizen, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Perkongsian tip yang didakwa mempercepatkan proses mendapat janji temu vaksin tular di laman Instagram dan menjadi ikutan ramai, sejak kelmarin.

Menurut pengendali akuan @limabelasminit dia berjaya mendapat tarikh janji temu selepas mengikuti langkah-langkah yang disyorkan pengikutnya yang dikenali sebagai Zolfakar Dihani.

Menurut tip yang diberi Zolfakar, ia memerlukan seseorang individu membuka aplikasi MySejahtera dan klik bahagian ‘helpdesk’ dan memaklumkan ‘masalah’ yang dihadapi mereka.

“Tarikh daftar vaksin XX Februari 2021 tapi belum dapat tarikh sehingga XX Julai,” tulis pengguna tersebut sebagai cadangan ayat untuk mengisi ruangan tersebut.

Ramai netizen menyatakan rasa teruja untuk melakukan perkara yang sama selain ada yang berkongsi pengalaman menerima notifikasi janji temu di aplikasi MySejahtera selepas mencuba tip berkenaan.

“Betul. Baru saja terjadi. Adik dengan kakak saya buat begini sudah dapat tarikh. Bukan sebulan dua tetapi minggu depan. Alhamdulillah, terima kasih kepada min (pengendali akaun) dan orang yang sudi berkongsi,” komen @ainizha.

“Terima kasih. Saya sudah dapat (tarikh) selepas 48 jam. Rasanya seperti kekasih balas surat cinta,” ujar @lindarahmanz.

“Tidak sangka berjaya. Saya buatkan untuk ibu saudara pada sebelah malam hari Jumaat. Pagi ini, hari Ahad sudah dapat tarikh pada hari Sabtu minggu hadapan,” tulis @_ecahshamsuddin.

Namun ada juga netizen meragui kaedah tersebut dan masih belum mendapat notifikasi janji temu biarpun sudah lama mengikut langkah-langkah yang disarankan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI