fbpx

Ramai pinjam ah long untuk berjudi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fared (tiga dari kanan) menyerahkan bantuan 4,000 botol air mineral kepada Selasawati di HRPZ II, dekat sini hari ini. /FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) menerima sebanyak 280 aduan berkaitan individu yang tidak dapat membayar pinjaman ah long di negeri ini sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bulan lalu.

Yang Dipertua PPIK, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, jumlah itu dikira berdasarkan purata sebanyak 10 aduan daripada peminjam yang diterima pihaknya setiap hari.

Katanya, berdasarkan aduan, peminjam terutamanya golongan muda terpaksa meminjam ah long ekoran masalah kewangan yang dihadapi mereka ketika ini.

Ujarnya, selain desakan hidup, kebanyakan golongan muda didapati menggunakan langkah menggandakan wang pinjaman ah long dengan menyertai aktiviti perjudian online.

“Terbaharu, kita menerima aduan daripada dua orang pelajar tingkatan lima yang meminjam wang daripada enam orang ah long untuk menyertai judi online dan bagi memenuhi tuntutan pasangan ketika bercinta.

“Daripada meminjam RM1,000, mereka kini berhutang hampir RM30,000 dengan ah lomg termasuk kadar faedah. Keadaan itu menyebabkan seluruh keluarga mereka turut diburu ah long ketika ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan bantuan sebanyak 4,000 botol air mineral kepada Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Selasawati Ghazali hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Mohd. Fared, kebanyakan peminjam yang terjerat dengan pinjam ah long tidak mengetahui maklumat lanjut mengenai kadar faedah yang ditetapkan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI