fbpx

Pulau Pinang capai 10 peratus vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow.

GEORGE TOWN – Pulau Pinang melepasi angka 10 peratus jumlah kumulatif pemberian dua dos vaksin bagi membolehkan peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dalam satu kenyataan berkata, menurut laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, negeri ini telah capai 10.1 peratus jumlah kumulatif pemberian dua dos vaksin sehingga pukul 11.59 malam tadi.

“Ini bermakna, kita telah capai tiga nilai ambang sebagaimana ditetapkan dalam PPN untuk beralih ke Fasa 2.

“Malah, saya turut dimaklumkan bahawa pihak kementerian berkaitan juga telah membincangkan peralihan fasa bagi Pulau Pinang untuk dibentangkan dalam mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI