PUTRAJAYA – Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menerima rawatan ekoran jangkitan pada sistem penghadaman selepas dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara pada 30 Jun lalu.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri hari ini memaklumkan beliau masih berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.
Kenyataan itu bagaimanapun berkata, tiada bukti yang menunjukkan masalah tumor lama berulang.
“Beliau berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih serta dibenarkan bertugas sambil menerima rawatan.
“Beliau dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi,” katanya hari ini.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut menzahirkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929