MANILA – Sebuah pesawat tentera yang membawa sekurang-kurangnya 85 penumpang dilaporkan terhempas di selatan Filipina hari ini, demikian menurut Ketua Angkatan Tentera, Filipina, Jeneral Cirilito Sobejana.
Setakat ini, seramai 15 mangsa telah diselamatkan dari bangkai kapal C-130 yang terbakar dan terhempas ketika cuba mendarat di Pulau Jolo di wilayah Sulu, kata Sobejana kepada AFP.
“Pasukan penyelamat sudah berada di lokasi nahas. Kami berharap agar dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa,” katanya.
Sebilangan besar penumpang adalah kadet yang baru lulus dari latihan ketenteraan dasar negara itu.
Mereka dalam perjalanan ke Pulau Jolo yang bergolak sebagai sebahagian daripada tugasan petugas bersama memerangi keganasan di wilayah yang merupakan majoriti penduduk Muslim.
Kehadiran pasukan tentera adalah situasi normal di selatan Filipina di mana kumpulan militan iaitu pakatan penculikan untuk tebusan, Abu Sayyaf, beroperasi. – AFP