fbpx

Permohonan ke IPTS melalui portal MyUni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pelajar yang berhasrat melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kini boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal myuni.com.my (MyUni).

Presiden Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM), Amir Hamzah Md. Isa berkata, portal itu berfungsi seperti laman sesawang upu.mohe.gov.my (UPU Online) bagi permohonan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“UPU Online untuk permohonan kemasukan ke IPTA. MyUni bagi permohonan kemasukan ke IPTS. MyUni merupakan sistem permohonan ke IPTS secara digital, bersepadu dan berpusat.

“MyUni memudahkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) membuat permohonan memasuki IPTS,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan secara dalam talian, hari ini.

Amir Hamzah berkata, melalui MyUni lepasan SPM dan STPM akan mendapat maklumat lengkap mengenai IPTS, lokasi dan kursus yang ditawarkan.

Menurut beliau, MyUni secara automatik akan memadankan kursus pengajian yang bersesuaian dengan pilihan lokaliti institusi, minat kecenderungan dan keputusan peperiksaan.

Kata beliau, berdasarkan saringan itu, satu senarai lengkap program pengajian akan dipaparkan dan pemohon ke IPTS boleh memohon sehingga lima program pengajian. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI